Daftar Mahkota Cafe online

Friday, February 25, 2011

Perlu berbisnes ke? -LIVE

peh..lama juga rasanya blog ni di up to date.well..saya bukanlah seorang blogger tegar.mungkin disebabkan kerja utama yang perlukan perhatian sepenuhnya..(biasala kerja dalam bidang teknikal)..apa pun,alhamdulillah pada hari ini dapat juga saya luangkan masa demi blog ini.hehe..

untuk hari ini,saya ingin berkongsi 1 perkara yang agak biasa diperkatakan..iaitu kenapa perlu berbisnes atau kenapa kita perlukan income tambahan dalam kehidupan yang kian lama kian memerlukan kos sara hidup yang tinggi...

mungkin perkara ini sesuatu yang biasa bagi orang yang telah telah lama berkecimpung di dalam bidang perniagaan.apapun ini hanyalah sebagai perkongsian semata-mata..jika anda rasakannya sesuatu yang bermakna dan memberi manfaat,sila klik 'like' pada akhir post ini..

masalah-masalah duniawi


keinginan dan impian setiap insan adalah berbeza-beza.begitu juga dengan sebab mengapa perlu kita libatkan dalam bidang perniagaan..sudah menjadi sinonin,hampir kesemua kursus motivasi perniagaan ataupun ceramah2 perniagaan mengatakan yang bahawa 9 daripada 10 punca rezeki datangnya dari jenis perniagaan. memang tidak disangkal lagi,hanya dengan perniagaan kita mampu mencapai tahap hidup yang diimpikan.Buktinya,lihat sahaja kehidupan masa zaman nabi kita, MUHAMMAD S.A.W. .

Tetapi bukan semuanya minat berniaga,kenapa?..mungkin kerana tidak tahu di mana nak mula, bagaimana nak mula, takut jatuh muflis dan bermacam-macam alasan sehinggakan majoriti umat Islam di Malaysia hanya kerja makan gaji.Kiranya dari makan gaji ni, cuti ada, keja ikut masa yang ditetapkan saja dan jugak, pakej untuk kesihatan jugak sudah confirm ada. Itu pemikiran kita. Nak mudah saja.walaupun hakikatnya hidup ini penuh cabaran(banyak bayar hutang) namun kita seakan merelakan cabaran tersebut dari bulan ke bulan dan akhirnya bertahun-tahun di peringkat yang sama(lama tu)..

Mungkin ada juga yang sedar hakikat itu,tapi malu untuk bertindak,mempunyai tafsiran negatif terhadap dunia perniagaan apatah lagi dunia perniagaan online..perlu diingatkan,apapun pekerjaan setiapnya pasti ada risiko yang perlu dihadapi.so berbalik kepada perkara tajuk..perlu ke berbisnes?..jawapanya ada pada diri anda..hanya diri anda tahu apa impian dan matlamat hidup anda..samaada nak berbisnes sepenuh masa atau separuh masa itu anda putuskan selepas ini..

akhir sekali,jangan biarkan diri anda,keluarga anda hidup setakat cukup-cukup makan sahaja disebabkan keputusan yang kita pilih sebelum ini..brtindak segera sebab masa tidak akan tunggu kita(hehe)..jumpa lagi di post akan datang.salam...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...