1. Saya teringin membahagiakan keluarga saya dengan memiliki rumah, kenderaan selesa dan melancong.Dalam masa yang sama,saya perlu berkorban untuk adik-adik yang masih belajar.
2. Setiap kali musim gaji,tugas saya hanya mengagihkan gaji bulanan itu bagi menjelaskan bermacam-macam jenis bil dan hutang.Belum sampai 15 hari bulan,saya sudah termenung an menunggu lagi tibanya hujung bulan. Apalah nasib saya.
3. Pertengkaran sering terjadi dalam keluarga kami. Semuanya berpunca daripada masalah kewangan.Sebagai anak saya memahami keadaan yang bapa saya seorang sahaja bekerja.Saya buntu dan bingung,memikirkan masalah itu.
Daripada keluhan-keluhan itu,dapat dibuat kesimpulan bahawa rata-rata masalah yang dihadapi oleh mereka adalah berkisar pada masalah kewangan.Memang wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan wang.Adakah kita hanya sekadar mengeluh nasib yang menimpa diri ataupun cuba melakukan sesuatu?. Keluhan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah.Jadi apa yang perlu dilakukan?
No comments:
Post a Comment