Daftar Mahkota Cafe online

Tuesday, March 22, 2011

Kembalikan kemurnian MLM

Sebelum kita berceritakan tentang mengembalikan kemurnian MLM, lebih baik difahami dahulu MLM itu sendiri. Walaupun sering didengar dan juga pernah diterangkan dalam blog ini namun, gemar saya terangkan sekali lagi untuk memudahkan pemahaman terhadap topik kali ini.


MLM (Multi Level Marketing) merupakan satu kaedah pemasaran. Internet Marketing (IM) merupakan pemasaran menggunakan internet. TV Marketing merupakan pemasaran menggunakan saluran tv, dan begitulah seterusnya marketing-marketing yang lain.




MLM pula ialah pemasaran melalui pembinaan rangkaian manusia. Sebenarnya kaedah ini bukanlah terlalu asing dalam dunia perniagaan. Walaupun tidak disebut MLM, konsep perniagaan ini memang telah berlaku dalam kebanyakan aktiviti bisnes.

Misalnya, anda menjual baju, kemudian mencari pengedar lain untuk menjual baju anda. Anda mungkin memberikan komisyen kepadanya, ataupun menawarkan harga yang lebih murah. Pengedar yang anda lantik itu ada kemungkinan melantik pengedar lain pula untuk memudahkan dan mengembangkan pasaran mereka.

Satu lagi contoh bagaimana kaedah pemasaran MLM ini boleh berlaku dalam bidang bisnes lain. Anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang dijual secara online. Anda memberikan komisyen kepada orang lain yang membantu mengiklankan produk anda di website mereka.  Malahan untuk menggalakkan pengedaran anda juga memberikan komisyen sehingga level kedua atau disebut 2 tiers.

Inilah contoh-contoh bagaimana MLM beroperasi. Membina rangkaian dan mendapat komisyen daripada jualan rangkaian tersebut.  Kesimpulannya MLM ini merupakan satu kaedah pemasaran yang berkesan dan boleh dilakukan untuk memasarkan pelbagai jenis produk atau perkhidmatan.Apa-apa pun, yang penting tetaplah produk yang dijual. Jual produk merupakan cara mendapatkan keuntungan. Adapun menaja pengedar lain membolehkan lebih banyak produk dijual untuk meningkatkan keuntungan. Anda tidak buat MLM pun, anda tetap melantik pengedar lain (kalau boleh) bagi memudahkan produk anda diedarkan.Jadi saya harap pembaca sekalian, telah mendapat gambaran jelas apa itu MLM.

Cuma bezanya, MLM digunakan untuk menjual pelbagai jenis barangan, dan malangnya pelaburan haram atau skim cepat kaya pun menggunakan MLM.  Ini kerana mereka tahu MLM merupakan kaedah pemasaran yang amat berkesan sekali.  Malah pakar ekonomi dan perniagaan seluruh dunia mengakui hakikat ini dan mengatakan MLM merupakan industri yang akan menguasai ekonomi masa depan.

Balik kita kepada topik artikel kali ini, iaitu 'mengembalikan kemurnian MLM'. Bagaimana?

1. Baliklah kepada perkara asas iaitu mementingkan jualan produk, bukannya pembinaan rangkaian semata-mata.

2. Binalah rangkaian untuk tujuan meluaskan pasaran, bukannya untuk mendapat 'pelaburan besar' daripada rangkaian.

3. Fokuskan jualan produk bukannya pembelian sendiri dalam jumlah yang besar untuk cepat mendapat pangkat.

4. Pentingkan jualan produk bukannya 'marketing plan' semata-mata.

Dengan cara ini kita boleh mengelakkan MLM yang kita jalankan disalah erti sebagai skim cepat kaya.
MLM akan kelihatan skim cepat kaya apabila anda mementingkan 'berapa orang yang hendak dicari' dan 'berapa jumlah pelaburan' yang perlu dilakukan.

Harapan saya dengan penjelasan ini kita sama-sama dapat meletakkan MLM di tempat yang betul, iaitu satu kaedah perniagaan yang membolehkan kita membantu antara satu sama lain dan bukannya mengambil kesempatan ke atas orang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...