Daftar Mahkota Cafe online

Sunday, April 24, 2011

Promosikan bisnes anda

inilah bahagian yang penting dalam mana-mana bentuk perniagaan.ya..anda perlu mempromosikan perniagaan/produk anda kepada masyarakat.Tiada gunanya jika anda mempunyai produk yang hebat/sistem yang hebat kalau tidak dihebahkan.umpama sebuah hotel bertaraf 5 bintang tetapi terletak jauh didalam hutan.Sadis kan?..

Setelah akaun anda diaktifkan,anda boleh mempromosikan bisnes anda dengan menggunakan kreativiti anda sendiri.Namun disini suka saya berkongsi pendapat,bagaimana melebarkan lagi sayap perniagaan yang kita miliki sekarang.Saya bahagikan kepada 2 pecahan iaitu:-

a. promosi secara offline, atau
b. online

kita lihat cara promosi secara offline terlebih dahulu.anda boleh gunakan salah satu daripada cara ini atau mengunakan kesemuanya sekali(lagi masyuk)..

1.Gunakan flyers
anda boleh letakkan flyers di kawasan-kawasan tumpuan prospek.contohnya di masjid/surau,pasar raya,kedai makan,selit dalam paper atau wiper kereta dan juga bus stand. Jika anda bercadang meletakkan produk di kedai-kedai makan terangkan kepada pemilik kedai mengenai pendapatan yang bakal dia perolehi daripada jualan produk.

kebiasaan harga jualan mahkota dewa di sekitar kuala lumpur.

1 kotak/papan = 20 sachet
jualan 3 sachet = rm5.00
1 sachet/cawan = rm2.50

memang untung kan?

2. SMS Power
anda boleh cipta template sms sendiri dan mengirimkannya kepada sahabat handai anda.Terangkan kepada mereka mengenai perniagaan dan bakal keuntungan yang akan mereka perolehi sekiranya mereka menyertai perniagaan ini bersama anda.Waktu menghantar sms yang paling sesuai adalah diantara 9.30pm sehingga 1.30am.

3.Sticker
4. Iklan di akhbar/majalah

Seterusnya kita boleh juga boleh mempromosikan bisnes melalui online.Kaedah yang paling senang dan berkesan adalah mengunakan perkhidmatan Email.Para internet markater mengelarkannya pemasaran email(sesuai untuk prospek yang anda tidak kenali).Kenapa saya katakan ianya promosi berkesan?..Ya ,perkara pertama yang anda atau saya lakukan bila melayari internet adalah memeriksa email.Setuju tak?

anda boleh gunakan ayat-ayat promosi yang telah saya setkan dalam blog ini pada bahagian "bantuan promosi",atau anda boleh cipta ayat-ayat promosi sendiri.

Selain itu anda boleh gunakan laman sosial seperti facebook,twitter,myspace,tagged dll untuk memasarkan produk.Untuk lebih senang dicari dalam 'search engine' adalah baiknya anda sertai forum-forum keusahawanan,contohnya wang cyber.Muzik dan video adalah satu bahan carian yang agak popular di internet.Jadi saya cadangkan agar anda mempromosikan bisnes di laman carian lagu (4shared) dan video (youtube).Tidak dilupakan juga,anda boleh meletakkan iklan di laman promosi bisnes seperti promosi.my, Iklan senang ,iklan mantop dll.

Disini saya amat galakkan anda melakukan kedua-dua cara promosi iaitu offline dan online.Sebenarnya kedua-dua cara ada kelebihan dan kelemahannya, namun usaha yang gigih pasti membuahkan hasilnya.Suka saya ingatkan ini bukan perniagaan duduk diam dapat duit,bukannya skim cepat kaya ataupun money game.

Semoga post kali ni sedikit sebanyak membantu anda.Saya doakan agar impian kita tercapai dalam tahun ini.Kuatkan semangat,kekalkan matlamat serta fokus, pasti kita akan berjaya.Amin.

p/s tips2 promosi akan saya kongsikan dari semasa ke semasa.insyaallah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...