Daftar Mahkota Cafe online

Saturday, May 7, 2011

Kenapa MLM disalahtafsir sebagai skim cepat kaya

Perkembangan kebelakangan ini memang kurang menyeronokkan bagi usahawan-usahawan MLM. Ini kerana MLM telah disalahertikan sebagai skim cepat kaya. Apakah faktor yang menyebabkan hal ini berlaku? Sebelum menerangkan sebabnya ada baiknya diterangkan dulu pengertian dua konsep ini.

MLM sebenarnya satu cabang jualan langsung. Jualan langsung bermaksud perniagaan yang dilakukan terus antara pengedar dan pelanggan, biasanya pengedar akan pergi ke rumah-rumah.  Selain itu jualan langsung juga boleh berlaku menggunakan pengantara risalah pos atau pun melalui internet. Pendek katanya jualan langsung ini ialah bisnes terus atau 'direct' daripada pengedar kepada pelanggan atau pengguna.  Yang penting jualan ini melibatkan produk atau barang tertentu.  Ada pun MLM merupakan sistem yang membolehkan seorang pengedar melantik atau menaja pengedar lain dan mereka diberikan komisyen juga hasil jualan pengedar-pengedar di dalam rangkaiannya.

Skim cepat kaya pula sebenarnya ialah permainan duit (money game) dan tiada kena mengena dengan jualan barangan atau jualan langsung, namun mereka biasanya menggunakan kaedah MLM iaitu menaja prospek baru dalam rangkaian mereka. Keuntungan mereka bukanlah daripada jualan produk, sebaliknya daripada sumbangan wang yang diberikan oleh ahli yang baru masuk. Namun begitu, untuk menggalakkan lagi kemasukan skim cepat kaya ini, penganjur-penganjur skim ini pada hari ini memberikan pulangan tetap kepada setiap ahli mengikut jumlah wang yang dilaburkan. Pulangan ini mungkin diberikan setiap minggu atau setiap bulan 5-10% dariapada pelaburan mereka sendiri. Namun jika mereka dapat menaja ahli baru, jumlah pulangan yang diperolehi boleh meningkat hingga 30% atau lebih. Ini dilakukan untuk menggalakkan ahli mencari orang baru.

Daripada penerangan di atas jelaslah bagi kita bahawa beza antara dua konsep ini sebenarnya ialah Jualan Langsung dan Skim cepat kaya. Jualan langsung mendapat keuntungan daripada jualan produk sementara skim cepat kaya memperoleh keuntungan daripada rekrut orang baru dan wang yang mereka laburkan.  Namun kedua-dua konsep ini ada menggunakan kaedah MLM, iaitu memperolehi komisyen daripada ahli yang ditaja, cuma bezanya komisyen Jualan langsung dikira berdasarkan jualan produk, manakala skim cepat kaya memperoleh komisyen dariapda wang sumbangan ahli baru.  Disebabkan pertindihan inilah dua konsep ini seringkali disalahertikan.

Satu analogi yang dapat dibuat untuk membezakan dua bidang ini ialah, skim cepat kaya umpama mengambil duit daripada poket orang lain masuk ke dalam poket kita tanpa pertukaran produk, sementara jualan langsung seperti juga bisnes lain, juga mengambil duit daripada poket orang lain masuk ke dalam poket kita melalui pertukaran produk.

Mana-mana bisnes lain pun memang begitu iaitu kita mengambil duit daripada poket orang lain dan masukkan ke dalam poket kita, namun caranya ialah melalui cara yang sah iaitu pertukaran produk. Misalnya kita membeli di KFC, kita sebernarnya memberikan wang kepada KCF namun dalam kaedah yang betul iaitu melalui pertukaran produk iaitu ayam goreng. Demikian juga kalau kita pergi ke pasaraya, kita sebenarnya memberikan duit kepada toke pasaraya itu tetapi kita mendapat barangan atau produk. Sebaliknya Skim Cepat Kaya, kita tidak mendapat apa-apa produk. Kalau ada pun produk mungkin nilainya tidak setanding dengan harga yang kita perlu bayar.Harapan saya agar penerangan ini dapat menjernihkan sedikit kekaburan antara Skim cepat kaya, MLM, dan jualan langsung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...