Daftar Mahkota Cafe online

Wednesday, May 11, 2011

Minda Usahawan

Saya sering mendengar ramai yang ingin menjalankan bisnes.  Saya juga sering dengar macam-macam petua orang nak bisnes. Selalu juga berjumpa dengan orang yang ingin membuat bisnes tetapi masih teragak-agak.  Dan juga saya berjumpa dengan mereka yang sudah pun menjalankan bisnes tetapi masih belum berjaya.  Apakah faktor yang menyebabkan perkara ini semua?


SIKAP MINDA! Ya, itulah jawapannya. Ramai yang ingin dan telah menjalankan bisnes tetapi tidak mempunyai sikap minda bisnes yang betul.  Ramai yang fikir bisnes akan berjalan kalau kita telah menyertai syarikat MLM atau kita telah pun membuka kedai.  Bagi yang bisnes internet pula mungkin fikir kalau website sudah siap maka bisnes pun jalan.


Disebabkan sikap begini mereka menunggu rezeki datang bergolek. Kalau dilihat dari segi kesungguhan pula adalah amat kurang sekali.Kalau ingin berjaya dalam bisnes kita mesti ada minda bisnes yang betul.  Kalau tidak bisnes kita tidak akan maju.

Apakah yang dimaksudkan dengan minda bisnes ini?
Kalau hendak dijelaskan memang banyak yang boleh dikaitkan dengan minda bisnes. Tapi dalam artikel ini akan diterangkan beberapa perkara asas yang boleh dijadikan pedoman.

1. Untung adalah matlamat utama bisnes.  Memanglah kita menyediakan produk untuk kegunaan orang ramai. Namun faktor keuntungan tetap diambil kira.  Dengan ini kita akan menjadi lebih efisyen dalam menjalankan bisnes.  Tanpa sikap ini bisnes kita akan kehilangan arah tuju dan juga boleh jadi kita tidak tahu ke mana duit kita pergi.

2. Promosi berterusan adalah penting. Dengan menyertai MLM atau membuka kedai semata-mata tidak akan membawa kemajuan.  Kita mesti berusaha melakukan promosi yang berterusan supaya bisnes kita dikenali.  Malang sekali bagi sesetengah usahawan apabila berasa malu untuk memperkenalkan bisnes mereka kepada orang lain.

3. Jangan fikir orang bisnes tidak perlu belajar lagi. Belajar ialah proses yang berterusan.  Untuk berjaya dalam bisnes kita mesti sentiasa mengemaskini ilmu kita.  Kita mesti rajin membaca, berjumpa dan bergaul dengan orang yang telah berjaya dan seumpamanya.

4. Bisnes mesti dibuat secara bisnes. Kita bukan bekerja atau makan gaji. Ini bermakna kita mesti sanggup bekorban masa, tenaga dan wang untuk menjayakan bisnes kita.  Tanpa pengorbanan kejayaan amat sukar untuk dicapai.

Ada banyak lagi sikap minda bisnes yang perlu diamalkan sekiranya kita ingin berjaya dalam bisnes.  Kita mesti jelas dengan sikap-sikap minda ini dan menyemai sebaik-baiknya dalam diri kita.  Hanya dengan cara ini barulah kejayaan sudi mendekati kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...