Daftar Mahkota Cafe online

Sunday, February 13, 2011

imbas kembali 10 atau 15 tahun lepas...

Cuba kita imbas kembali 10 atau 15 tahun lepas...Ketika itu, kita masih kecil lagi...Kebiasaannya, pada zaman itu hanya bapa saja yang bekerja...Ibu pula menjadi suri rumah sepenuh masa...
Tetapi itu dulu...sekarang pula bagaimana? Kita lihat diri kita, abang, kakak dan masyarakat sekeliling kita...Zaman sekarang ialah zaman di mana ibu dan bapa perlu keluar bekerja untuk menampung kos hidup yang kian meningkat...Itu pun sebahagian daripada kita masih lagi "cukup-cukup makan"...
Bagaimana pula dengan 5 tahun atau 10 tahun akan datang? Pakar-pakar perniagaan berpendapat, di masa hadapan nanti, setiap keluarga perlu memiliki sekurang-kurangnya SATU perniagaan sampingan untuk membolehkan mereka menampung kos hidup! Ini adalah disebabkan kerana peningkatan kos hidup yang semakin meningkat dari hari ke hari...
Persoalannya...adakah anda sudah melaksanakan atau merancang sesuatu perniagaan untuk menghadapi zaman tersebut?
Guru saya selalu berpesan, "...memang ramai orang yang menyesal kerana telah melakukan sesuatu (kesilapan) pada masa lepas...tetapi LEBIH RAMAI lagi orang yang menyesal kerana tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat untuk hari-hari mendatang..." Contohnya, ramai orang yang menyesal kerana tak belajar bersungguh-sungguh ketika di bangku sekolah...
Jadi, adakah anda ingin menyesal suatu hari nanti kerana mengabaikan peluang-peluang perniagaan yang mungkin akan membantu hidup anda pada masa akan datang? Fikirkan...

15… 20 tahun akan datang, kita akan menyesal dengan perkara-perkara yang kita TIDAK LAKUKAN SEKARANG berbanding dengan perkara yang kita lakukan. So, take some risk dan cuba perkara-perkara baru. Kalau tak… nanti menyesal...!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...