Daftar Mahkota Cafe online

Saturday, February 12, 2011

Jangan Jadi Mangsa Scam !!!











1) Mengenakan yuran untuk menyertai program mereka.
2) Tidak mendedahkan maklumat mereka.
3) Lebih memfokuskan komisen daripada produk.
4) Produk mereka tidak jelas.



Baiklah, sekarang kita pergi pula kepada kaedah-kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke program scam…Ia sebenarnya ada pada perkataan scam itu sendiri iaitu N-O-S-C-A-M.
1) N bermaksud name atau nama.Pastikan siapa nama mereka yang menganjurkan sesuatu program itu…Jika tiada nama personal, nama company pun boleh juga.

2) O bermaksud Over Promise.Jika sesuatu program menjanjikan pulangan yang tak masuk akal (over promise), sila abaikan…Contohnya, dengan melabur sebanyak RM50 ke dalam program mereka, anda akan memperolehi RM5000 dalam masa 30 hari…Ini sebenarnya tidak masuk akal..Jika anda laburkan wang anda di mana-mana bank atau agensi pelaburan yang sah di dunia ini, anda tidak akan dapat memperolehi keuntungan sebanyak itu dalam masa yang singkat!
3) S bermaksud Search.Sebelum menyertai mana-mana program, pastikan anda melakukan search di google atau yahoo…Jika ada testimonial atau maklumat yang kurang baik, anda mungkin perlu abaikan atau lebih berhati-hati.
4) C bermaksud Contact.Kebanyakkan penganjur scam hanya meletakkan borang pertanyaan sahaja di website mereka…Mereka tidak mendedahkan maklumat lain seperti email, no. telefon dan alamat…Jadi, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah, minta contact info daripada pihak mereka (menggunakan borang pertanyaan), dan kemudian cuba hubungi mereka menggunakan telefon, email dan sebagainya.
5) A bermaksud Ask.Adakalanya, anda sukar untuk memperolehi maklumat penganjur scam di google…Jadi, cara option lain yang anda boleh lakukan ialah bertanya kepada rakan-rakan cyber anda sama ada di forum, blog, facebook dan sebagainya…Malu bertanya, sesat jalan
6) M bermaksud Make Sure.Perkara terakhir yang anda perlu lakukan ialah pastikan kesemua maklumat yang anda perolehi mengenai pengajur adalah benar…Ini termaksuk maklumat yang anda cari di google, tanya pada kawan, contact info penganjur dan sebagainya…Setelah anda yakin 100%, barulah anda boleh buat keputusan sama ada untuk sertai sesuatu program itu ataupun tidak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...