"Setiap keputusan yang kita buat pasti ada risikonya"
Sebagai manusia Tuhan menganugerahkan kita pemikiran untuk mengalasis setiap keputusan yang kita ingin buat. Setiap perkara yang kita putuskan itu memang tidak dapat lari daripada melibatkan risiko, sama ada kecil atau besar.
Contohnya, anda memandu kereta memilih antara jalan A atau B, setiap pilihan anda akan mengundang risiko tertentu juga, sama ada anda akan teperangkap dengan kesesakan, atau jalan tersebut sedang dibaiki menyebabkan tar melekat di kereta anda, dan senario paling teruk mungkin mengundang kemalangan.
Sama juga kalau anda memilih sesuatu makanan. Pilihan anda akan menentukan diri anda. Kalau anda memilih makanan segera dan banyak perisa, pilihan anda ini akan mendatangkan padah kepada diri anda kemudian hari. Sama juga anda memilih untuk bekerja makan gaji atau membuat bisnes, kedua-dua pilihan anda juga melibatkan risiko tertentu. Mungkin ramai yang akan lihat makan gaji tiada risikonya, tapi risiko untuk anda kehilangan waktu berharga atau terpaksa membuat pekerjaan yang anda tak suka pun ada juga.
Pendek kata, apa-apa pun yang kita buat pasti ada risiko tersendiri. Tinggal kebijaksanaan kita untuk bersedia sekiranya risiko atau perkara buruk berlaku kita telah mempunyai pelan pengurusan risiko yang baik.
No comments:
Post a Comment