Daftar Mahkota Cafe online

Monday, March 28, 2011

Si keldai dan si semut

Ada seekor keldai yang rajin dan sangat taat kepada tuannya. Hari2 kerjanya naik turun bukit dengan memikul bebanan tuannya. Setiap hari setelah siapkan kerja yang ditugaskan, tuannya akan memberikannya sedikit makanan untuknya dan keluarganya makan. Makanan semuanya sedap2 belaka. Suatu hari setelah keletihan kerana memikul bebanan walaupun bebanan itu lebih kecil dari tubuh badanya si keldai berhenti berehat dibawah sebatang pokok. Tiba2 si keldai ternampak seekor semut yang sedang bernyanyi2 sambil membawa sekeping roti yang jauh lebih besar dari tubuh badan si semut td. Si keldai menjadi hairan dan pelik….

Si keldai pun menyuruh si semut itu berhenti dan berkata “Hi semut.. aku pelik betul tengok engkau nie..dah ler kecik pikul bebanan lebih besar dari tubuh badan kau.. boleh lak menyanyi2.. ko tak penat ker semut” Si semut menjawab “Ehh keldai… aku pun ada gak soalan untuk kau.. setiap hari kau pikul bebanan naik turun bukit kan? Bebanan yang kau pikul tu untuk siapa? Si keldai menjawab “Untuk tuan aku ler semut” Si semut menjawab “hah.. itu la bezanya kau dengan aku.. aku pikul beban ni walaupun jauh lebih besar dari badan aku tetapi bebanan aku ni untuk diri aku sendiri.. bila aku letih aku berhenti makan sikit roti ni.. beza dengan kau walaupun kau pikul bebanan yang jauh lebih kecil dari badan kau sendiri tetapi bebanan yang kau pikul hari2 tuh adalah bebanan orang lain.. kau bebankan diri kau sendiri sekadar untuk dapatkan sedikit makanan setiap hari untuk diri dan keluarga kau”
Si keldai pun terdiam sambil melihat si semut yang bijak itu meneruskan perjalanannya sambil menyanyi2….

Moral of the story… “adakah anda si keldai yang setia atau si semut yang bijak..hehehhe”
RENUNG2KAN… SELAMAT BERAMAL…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...