Kalau lah anda bertemu dengan seorang usahawan restoran atau apa-apa bisnes dan anda minta petua-petua bisnes daripada mereka adakah mereka akan memberikannya. Ya memang mereka memberikannya, tapi bukanlah 100%, kalau ada pun mungkin sesikit sangat jumlah yang sanggup berbuat demikian.Adakalanya pula, untuk mengetahui rahsia bisnes seseorang kita terpaksa membeli buku panduan atau menghadiri kursus yang mereka anjurkan.Apa kata kalau anda tiru 100% bisnes mereka, apa pula maklum balas mereka. Silap gaya kena samanlah anda.
Kenapa kita ingin tiru dan ingin tahu? Ya! Sebab kita dapat lihat bisnes mereka berjaya jadi kita ingin mencontohinya malah menirunya. Malangnya dalam bisnes biasa peniruan seperti ini tidak dibenarkan, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang. Berbeza dengan MLM, kita digalakkan meniru, kalau boleh 100% apa yang upline kita buat. Upline telah melalui pelbagai ranjau, onak dan duri untuk mencapai status atau kejayaannya. Mereka sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang yang mereka lakukan.
Menariknya dalam MLM ini, kita dibenarkan dan disarankan meniru bisnes yang dilakukan oleh upline kita itu. Tiada rahsia, kerana semakin banyak duplikasi yang dilakukan, semakin berjayalah downline dan semakin berjaya jugalah upline.Itulah hebatnya bisnes MLM. Rahsia bisnes boleh dikongsikan antara satu sama lain. Upline tidak lokek dengan tip, petua atau ilmu yang mereka ada. Makin anda tanya makinlah mereka suka dan berbesar hati berkongsi kepada anda. Semua ini dilakukan secara percuma, tanpa dikenakan sebarang bayaran. Cukuplah komisyen yang diperolehi sebagai bayarannya.
Kalaulah dalam bisnes biasa hal ini berlaku, bolehlah kita pelajari 'rahsia' kejayaan usahawan restoran, jual pakaian, dan sebagainya. Namun ianya tidak berlaku, tetapi hanya berlaku dalam MLM.
*Hanafiah Daud
*Hanafiah Daud
No comments:
Post a Comment