Daftar Mahkota Cafe online

Tuesday, April 12, 2011

Jangan kecewa, teruskan sahaja

Membina empayar MLM kita bukanlah perkara yang boleh dibuat sehari, sebulan mahupun setahun.  Empayar yang kukuh mestilah terdiri daripada ramai rakan kongsi yang sama-sama ingin berjuang membina masa depan melalui MLM.  Kalau masih seorang diri yang menjalankan bisnes ini, belum lagi kita boleh katakan kita telah membina empayar.

Seperti juga membina sesebuah negara ia mengambil masa yang panjang. Satu rangkai kata yang sering kita dengar “Rom bukan dibina dalam sehari”. Dengan mengambil masa yang secukupnya maka terbinalah empayar yang mantap. Tapi harus diingat Rom pun telah musnah juga akhirnya, kenapa? Kerana pemimpinnya telah lalai daripada melakukan perkara yang sepatutnya.

MLM pun begitu juga. Kalau kita ingin membina empayar yang kukuh, janganlah kita lalai daripada melakukan perkara yang sepatutnya untuk meneguhkan rangkaian kita. Jangan anggap bisnes ini boleh dibuat main-main kerana anda seorang MLM sambilan.  Jangan juga pandang ringan kerana modal permulaan bisnes yang kecil.
Yang penting carilah rakan kongsi yang betul. Memang mencari mereka bukannya mudah. Mencari rakan kongsi samalah umpama mencari emas. Banyak tanah yang perlu dibuang sebelum mendapat emas. Demikian juga MLM, ramai orang yang kita perlu jumpa sebelum mendapat rakan kongsi yang betul-betul boleh buat.
Oleh sebab itu janganlah kecewa kalau masih belum berjaya. Teruskan sahaja perjuangan anda!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...